KUALA LUMPUR - Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Ja'afar akan menawarkan diri sebagai calon ke jawatan Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) di perhimpunan agung tahunan persekutuan, yang dijadual berlangsung di Saint Kitts and Nevis dari 11 hingga 13 November ini.
Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata majoriti negara-negara Asia dalam CGF bersetuju untuk menyokong pencalonan Tunku Imran.
"Malah sekiranya Tunku Imran berjaya, beliau akan jadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang pertama dilantik sebagai Presiden CGF, yang akan menyuntik semangat baru kedalam persekutuan itu," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, sehingga kini Tunku Imran, 63, merupakan satu-satunya calon yang menyuarakan hasrat untuk ke jawatan itu sejak penyandang Michael Fennel dari Jamaica menyuarakan hasratnya untuk berundur sekiranya ada calon sesuai untuk menggantikannya.
"Fennel menyuarakan hasratnya untuk berundur selepas Sukan Komanwel New Delhi tahun lalu, selepas memegang jawatan itu selama 17 tahun," katanya.
Tokoh dari Jamaica itu dipilih menerajui persekutuan tersebut pada Sukan Komanwel 1994 di Victoria, Kanada dan beliau menjadi pengerusi persekutuan itu sehingga 2003 apabila nama jawatan itu ditukar kepada Presiden.
Sieh berkata, pengumuman rasmi untuk pencalonan Tunku Imran akan dibuat di Mesyuarat Lembaga Eksekutif CGF di sini dari 9 hingga 10 Mei nanti.
"Bagi MOM kami harap persekutuan yang membabitkan 71 negara anggota itu akan sebulat suara menyokong Tunku Imran," katanya.
Tunku Imran merupakan Presiden Persekutuan Skuasy dan Reket Antarabangsa dari 1989 sehingga 1996, dan beliau juga merupakan juara skuasy kebangsaan pada tahun 1973. - Bernama