Bukit Jalil, 10 September 2013 : Warga sukan kini boleh mengakses dan mendapatkan maklumat - maklumat saintifik terkini berkaitan sukan melalui pangkalan data SPORTDiscus. Bermatlamatkan untuk menjadikan Institut Sukan Negara sebagai pusat rujukan utama sukan negara, Pusat Maklumat Sukan telah mengambil inisiatif dengan melanggan SPORTDiscus untuk kemudahan rujukan maklumat warga sukan.
Di zaman teknologi maklumat ini, ilmu berkembang dengan pantas, dimana sentiasa ada penemuan - penemuan baru dalam kajian-kajian yang dijalankan. Begitu juga maklumat - maklumat saintifik dan ilmiah berkaitan sukan. Pada masa kini, kejayaan seseorang atlet itu bukanlah bergantung semata - mata melalui latihan. Atlet, jurulatih dan pegawai perlu sentiasa peka dengan perkembangan saintifik sukan semasa untuk diaplikasikan bagi meningkatkan lagi prestasi.
Dengan adanya SPORTDiscus di Pusat Maklumat Sukan ISN, atelt, jurulatih dan pegawai kini dengan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat - maklumat terkini. Pada pagi Selasa, satu latihan penggunaan pangkalan data SPORTDiscus telah berjaya diadakan di Dewan Perdana ISN. Penceramah dari EBSCHO Publishing, Puan Chiew Boon Tay telah menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan SPORTDiscus. Beliau juga turut berkongsi teknik - teknik pencarian maklumat yang lebih mudah dan berkesan. Pihak Pusat Maklumat Sukan berharap para pengiat sukan dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan, semoga kita dapat bersama- sama memajukan sukan negara.
Untuk maklumat lanjut berkaitan SPORTDiscus, warga sukan bolehlah berkunjung ke Pusat Maklumat Sukan ISN atau akses terus secara online di pautan SPORTDiscus

Do scholarly research on sports with SPORTDiscus! Now #SPORTDiscus available @ Sports Information Centre @isnmas pic.twitter.com/syX3k1tMEN
— ISN Malaysia (@isnmas) September 10, 2013