Wednesday 28 January 2009

Perkhidmatan Perpustakaan

Pengenalan

Perpustakaan Majlis Olimpik Malaysia merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam usaha menyediakan maklumat dengan membekalkan bahan-bahan rujukan serta bacaan. Perkhidmatan ini disediakan khas untuk kakitangan dan juga orang awam khususnya pelajar serta penyelidik. Perpustakaan juga memiliki pelbagai jenis majalah dan akhbar yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan.

Sehingga kini, terdapat 5, 000 koleksi yang merangkumi bahan-bahan seperti berikut:

  1. Monograf
  2. Seminar/ kertas kerja/ persidangan/ simposium/tesis
  3. Akta
  4. Terbitan Kerajaan/ laporan tahunan
  5. Keratan akhbar
  6. Terbitan Bersiri

Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Majlis Olimpik Malaysia juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:

  1. Peminjaman dan pemulangan buku ( kakitangan sahaja)
  2. Perkhidmatan fotokopi
  3. Tayangan bahan media seperti video dan vcd
  4. Penjualan bahan – bahan terbitan sukan ( buku, jurnal, vcd dan dvd )
  5. Perkhidmatan Internet

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat 9.30 Pagi – 5.30 Petang
Perpustakaan ditutup pada Hari Kelepasan Am.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Mohd Damanhuri Mohd Nasir
damanhuri@olympic.org.my

Tel : 03 – 27152802
Fax : 03 – 27152801