Thursday 19 February 2009

Pusat Maklumat Sukan ISN

Cawangan Pusat Maklumat

Peranan

  • Untuk mengumpul dan menguruskan maklumat sukan
  • Perkhidmatan perpustakaan
    • Perkhidmatan rujukan, pinjaman (mengikut kelayakan), salinan foto, Mikrofilem, pertanyaan telefon, faks, e-mail serta ’OPAC’ (Online Publis Access Cataloging).
  • Dokumentasi
    • Pengumpulan dan penyebaran bahan dokumentasi kesukanan/ am dalam dan luar negara.
  • Audio Visual
    • Pusat perkhidmatan gambar ’still’, pita video/audio, rakaman, suntingan dan penerbitan audio visual serta pinjaman peralatan audio visual.
    • Pendidikan Penyebaran maklumat melalui pameran, internet (Laman Web) dan percetakan
  • Strategi Unit
    • Mengimplementasikan sistem perpustakaan berkomputer dengan sepenuhnya melalui beberapa modul khas yang meliputi sistem journal, sistem kataloging dan klasifikasi serta pencarian maklumat di talian terus (OPAC).
    • Memperbanyakkan koleksi bacaan terkini terutamanya makalah secara atas talian.
    • Melaksanakan waktu pembukaan yang lebih fleksibel ataupun ’extended hours’. Memperbanyakkan keahlian perpustakaan di kalangan atlet/ jurulatih.
    • Mengadakan aktiviti dan program promosi yang lebih efektif dan menarik unutk pengguna-pengguna perpustakaan.
    • Selain dengan perkembangan teknologi terkini maka penukaran format VHS ke format DVD akan dilaksanakan.
    • Meningkatkan tahap perkhidmatan audio visual dengan wujudnya studio rakaman yang menggunakan peralatan high-end ’PRO TOOLS HD1’ dan ’Edius for HDV’.
    • Mengaktifkan kembali perkhidmatan ’Current Awarness Services’ tentang terbitan makalah semasa yang relevan kepada Pegawai-pegawai khususnya.

Pelanggan

  • Jurulatih
  • Atlet (Elit, Projek AsiaComm, Pelapis, Bakat)
  • Penuntut dan pensyarah IPTA/ IPTS Pegawai-pegawai Sukan
  • Penyelidik-penyelidik Pegawai Persatuan, Pertubuhan, Institut serta Badan NGO Sukan Dalam dan luar Negeri.
  • Pegawai/ Anggota Institut Sukan Negara Ahli Media Massa Orang awam/ Jabatan-jabatan Kerajaan dan Swasta.